Tuesday 8 May 2012

Kerna Nyawa Bersama Jasad

By: Masrulhakim Bin Amin  on Friday, February 17, 2012 at 12:29am ·

Malam bertandang lagi
Setelah pulang daripada kelmarin
Walau itu hanya semalaman
Namun gambaran itu terjelas
Tidak mungkin pudar
Kerana nyawa bersambung jasad
Kala rasa tercipta resah
Hambar, kesan pulang kelmarin
Hari nan esok kan terpancar lagi
Menusuk ke dalam hu kalbu
Bangun sesudah rehat tidur lena
Menuju setapak selangkah lagi
Suatu kata mungkin terlupa
Rasa-rasa yang begitu berbeda
Membuat kisah nakhoda
Tidak mungkin sama melayarkannya
Kefahaman dan penilaian
Itu adalah perkara utama.

No comments:

Post a Comment