Wednesday 24 December 2014

Di mana cinta yang aku damba

Di mana cinta yang aku damba
Ketika resah membelai rasa-rasa
Apa mungkin aku miliki
Sedangkan hati bukan milik aku
Cinta kah itu

Di mana cinta yang aku damba
Ketika bisikkan membelai jiwa
Bertanya kerap dan ketika
Akal berfikir atau menghala nafsu
Cinta kah itu

Di mana cinta yang aku damba
Ketika hembusan membelai mesra
Ucapan bibir melalui lidah
Lidah satu tetapi bercabang
Cinta kah itu

Di mana cinta yang aku damba
Ketika aku dan akuan menjadi satu
Itulah benak fitrah semulajadi
Hidup perlu mencari cinta
Cinta kah itu ?
Tulisan: 31/7/2014 Khamis

Jam: 11.59 malam

No comments:

Post a Comment