Friday 28 September 2012

PENDEKAR DULU DAN PENDEKAR KINI

Tulisan Puisi oleh Masrulhakim Bin Amin pada hari Selasa, October 18, 2011 Jam: 11:34 malam



Siapakah itu Pendekar
Dahulu kala itulah insan mulia
Mulia pada pandangan rakyat jelata
Suatu derjat hormat di mata Sultan
Pendekarlah pembenteng negara

Apakah erti Pendekar
Bukan hanya pakar tempuran
Bijak bicara akalnya membina
Tidak hanya pada jurus-jurusan
Bersendikan hukum mengikut syariat

Bagaimana jadinya Pendekar
Tingkah bicara panas hatinya
Mau semua segala tunduk patuhi
Terlupa akan asal dan perintah agama
Pendekar itu mengenal diri

Di mana itu Pendekar
Zahir terlihat batin tersembunyi
Bertegur sapa hormat-menghormati
Marifat Pendekar kenal Pendekar
Apabila bicara tanpa berkata

Pendekar dahulu Pendekar kini
Gerakkan langkah tersimpan kata
Kata bukan sembarang kata
Bumi dipijak akhir tanah tertumpah
kullu nafsin zaiqatul maut


Pada tanggal 15 August 2010 Ahad

Jam: 10.11 malam
Paman Iskandar menerima aku sebagai murid melalui ruang Facebook

Pada tanggal 18 September 2010 Sabtu
Jam: 5.00 petang
Pelajaran pertama bersama Paman di gelanggang silat Perkampungan Melayu Geylang Serai.

Pada tanggal 22 March 2011
Jam: 00.11 tengah malam
Aku dikecerkan oleh Bapak Rifai. Penerimaan sebagai anak didik cimande.

Liku-liku perjalan aku mencari silat bukanlah mudah. Sewaktu remaja sehingga dewasa. Pencarian yang mana bukan untuk mencari kemegahan tetapi mengenal diri. Persoalan bukan mudah kerana sukar mencari guru yang sebenar. Antara hak dan batil. Antara kemegahan dan nama. Antara pelajaran nyata dan kabur. Pesan bapa Ku, “Guru itu perlu seimbang. Antara akhirat dan dunia. Tapi lebih ramai keduniaan. Berhati-hati.” 

Antara hak dan batil. Aku pernah melaluinya kerana kejahilan aku dalam agama. Setelah dipelajari tanpa kefahaman yang kukuh hanya menerima kabur dalam terang. Antara kemegahan dan nama mungkin amat ramai manusia begitu hakikatnya pertarungan itu tiada mata atau mengenal. Apabila darah mengenal darah mampu mengikut hati siapa lewat pasti mati. Sukar untuk mana-mana guru memahami ku tapi aku teruskan. Diam bukan bererti dungu. Mata aku melihat bukan hanya langkah maupun gerak. Aku melihat kebenaran. 

Tapi tahun 2010 melalui ikhtiar dan Istiharah gerak hati tercuit. Semoga aku tercapai “mengenal diri”. 

INSYA-ALLAH
(MasRuLHakiM)

No comments:

Post a Comment