Masrulhakim Bin Amin on Friday, April 27, 2012 at 4:19am
Hai Badan
Ketika rebahmu di kala malam
Bernafas jiwa-jiwa berligar angkasa
Menyusul kembali setelah terjaga
Tersentak ke alam menyusul diri
Tadi hanya suatu mimpi indah
Hai Badan
Apakah esok terpancar sinaran
Sosok berjalan berlari mencari rezeki
Penat lelah duduk sebentar
Melihat langit terbentang keluasan
Inilah adat kehidupan menjadi resam
Tunggak mencari pedoman
Hai Badan
Fikir dan berkata-kata
Senyum mesra kala hati hiba
Tiada terucap hanya gurindam jiwa
Tegak berdiri kerana bernyawa
Jasad bersama badan.......
No comments:
Post a Comment