Sunday, 6 November 2011

Asal Silat

Tuesday, January 6, 2009 at 10:33pm

"Asal silat sebenarnya diri.Diri bergerak dan melangkah dalam tari dalam sembah maka berbuah jurus.Asal silat tiada asal hanya diri namun diri tanpa hak tiada silat.Asal silat asal semulajadi kerana silat ada langkah ada gerak.Asal silat dalam ilmu tanpa amalan maka tiada terisi.Asal silat dalam amalan tanpa ilmu tiada hak.Asal silat dalam ilmu dalam amalan maka itulah silat.Asal silat mesti seimbang baru menyerang.Asal silat tiada menyerang tiada membela diri kerana itulah asal semulajadi.Asal silat tiada berasal.Asal silat tiada nama.Asal silat tiada rahsia.Asal silat asal diri."

Monday, November 7, 2011 at 00:25 am

Tulisan di atas tercetus apabila aku melihat erti sebenar bersilat.Pengalaman berguru dengan bapaku sendiri dalam konsep fahaman.Sejarah silat itu memang pelbagai.Namun atas peredaran zaman silat pun terkesan oleh olahan peredaran masa kini.Malah dalam pandangan aku terlalu banyak ungkapan silat itu milik siapa.Di mana makam silat?Apa penting tradisi dan kontridaksi?Siapa yang benar?Bagaimana harus dipusakai dan mewarisi silat?Jika di mulai sejarahnya kita akan lihat olahan adat dan syariat dalam silat.Silat itu ilmu perang.Ilmu bertarung.Ilmu membunuh.Silat itu ilmu panas.Fikirkanlah silat pasti ada langkah dan gerak.Bersiap pasang pastinya bersiap sedia.Pastinya serang dan bela.Jika dilihat mendalam silat itu umpama aliran tarekat.Silat pastinya ada alirannya.

Umumnya diketahui kedalaman ilmu di kalangan orang Islam mempunyai empat tingkat iaitu ilmu yang dibangsakan ilmu syariat, ilmu tarekat, ilmu hakikat dan ilmu makrifat. Empat perkara ini boleh diumpamakan seperti ilmu silat.
1. Ilmu Syariat - diumpamakan kulit buah bagaikan seni tarian dalam silat.
2. Ilmu Tarekat - diumpamakan isi buah bagaikan pukulan,tangkisan atau buah kunci dalam persilatan.
3. Ilmu Hakikat - diumpamakan bagaikan rahsia pukulan,tangkisan atau kuncian dalam ilmu persilatan.
4. Ilmu Makrifat - diumpamakan zat buah dalam ilmu persilatan.



Hakikatnya silat itu adalah gerak semulajadi.Terlaksana kerana atas dasar jiwa dan akal diberikan anugerah oleh Allah.Namun ada perbezaan antara anugerah hak gerak, hak yang diwarisi atau dipelajari dan ciplak.

No comments:

Post a Comment