Tuesday 5 March 2013

Masuk waktu/Lepas waktu/Sampai waktu



By: Masrulhakim Bin Amin on Sunday, March 28, 2010 at 8:04pm.

Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

1.Sihat sebelum sakit
2.Muda sebelum tua
3.Kaya sebelum miskin
4.Lapang sebelum sempit
5.Hidup sebelum mati

Masuknye waktu Subuh ibarat bayi yang baru lahir mula mengenal hidup.Waktu Subuh bermula dari naik fajar sadiq sehingga terbitnya matahari atau dikenali sebagai Syuruk.Perlayaran dalam usia yang kecil merangkak,bertatih,berjalan dan berlari.Si kecil pun mula mendengar,melihat dan berkata-kata secara beransur-ansur.Inilah jua adat dalam hidup asas mula hidup sebelum menilai erti dan faham makna hidup.Menilai masa mengarah haluan yang sama dalam keadaan berbeza-beza.Lepas subuh menunggu pula masuk waktu zuhur ibarat usia sebelum baligh.Dari segi istilah, ia bermaksud sebelum seseorang yang telah mencapai tahap kematangan seksual, iaitu dewasa dari segi jasad.Apakah mula dan mahu mengenal erti amanah,tanggungjawab dan pengorbanan?Mungkin ia mungkin tidak.

Waktu Zohor/Zuhur bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya. Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.Ibarat sudah baligh dalam proses kematangan dari segi fizikal dan mental apakah sedar ataupun tidak mula merasa ingin memiliki.Alam remaja ke alam dewasa mungkin matang mungkin tidak.Menunggu pula masuknye waktu asar ibarat hilang remaja menjadi dewasa apakah mahu mengenal erti amanah,tanggungjawab dan pengorbanan?Mungkin ia mungkin tidak.Semalam mana mungkin sama pada hari ini.Masa berlalu meninggalkan diri.

Waktu Asar bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam.Haram menta'khirkan atau melewatkan solat asar sehingga tinggal waktu yang tidak sempat untuk dikerjakan.Dewasa alam bekerja,menyara hidup,alam reality,alam asam dan garam,manis ia mungkin tidak,alam pahit bak hempedu adakah menjadi amanah,bertanggungjawab dan mahu berkorban.Mungkin ia mungkin tidak.Jiwa mungkin masih bergelora mungkin lupa mungkin lalai mungkin leka.Dunia dan dunia aku ingin kebebasan.Mengeluh mungkin ia mungkin tidak.Menunggu pula masuk waktu maghrib ibarat masa berharga mengejar suatu idaman untuk reality.Mungkin ia mungkin tidak.Masa berlalu dan tidak kembali.

Waktu Maghrib bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.Dewasa dalam proses meniti hari senja.Soal hidup yang menempoh mungkin sukar mungkin tidak.Mula penat dan lesu.Mungkin hidup penuh cahaya mungkin ia mungkin tidak.Soal amanah,tanggungjawab dan pengorbanan masih wujud dalam jati diri.Mengarah haluan yang sama dalam keadaan yang berbeza-beza.Kefahaman dan nilai erti satu dalam diri tetapi mempunyai luas pemikiran soal hidup yang rumit.Menunggu pula masuk waktu isyak ibarat senja berlalu.Matahari terbenam setelah naik daripada awal pagi menutup siang menjadi malam.Dalam hidup ada siang ada malam.Indahnya waktu pagi,nikmatnye waktu siang dan rehatnye waktu malam.Terlupa mungkin terlalai mungkin terleka mungkin.Inilah diri manusia tiada kenal usia tiga perkara tetap ada.

Waktu Isya'/Isyak bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq. Waktu isya adalah waktu solat yang paling lama iaitu sepanjang malam.Waktu meniti usia senja.Menyara dan menanti.Tapi itu yang pasti.Soal diri dalam amanah,tanggungjawab dan pengorbanan.Soal diri dalam terlupa,terlalai dan terleka.Penuh lesu dan penat sekali.Pagi,petang dan malam.Masa tetap berlalu.Semalam itu kenangan mungkin indah mungkin tidak.Mungkin masih bahagia mungkin tidak.Selepas hidup dan menyara kini perlu bersara tetapi bagaimana?Dunia ohh dunia.Menunggu pula masuk waktu subuh.Waktu isyak memang panjang.Lepas waktu isyak menunggu waktu subuh???Dunia ohh dunia.Manusia ohh manusia hidup ini tidak akan kekal.Amanah,tanggungjawab dan pengorbanan itulah soal yang akan di tanya.

Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

1.Sihat sebelum sakit
2.Muda sebelum tua
3.Kaya sebelum miskin
4.Lapang sebelum sempit
5.Hidup sebelum mati

No comments:

Post a Comment