Friday 9 December 2011

Cerita tentang Jin dan manusia


Tuesday, September 1, 2009 at 7:54pm

Ringkasan daripada petikan/tafsiran Al-Quran oleh Prof.Dr. Mahmud Yunus, “ Jin ialah masuk alam rohani (bertubuh halus). Kita percaya demikian kerana Quran yang benar mengabarkannya. Apa lagi hal ini tidak berlawan dengan akal kita.Bahkan berapa banyak makhluk Allah yang belum diketahui manusia. Jin itu seperti manusia pula, yakni ada yang beriman ada pula yang kafir.”

Ayat 6 Surah Al-Jin, “Dan sesungguhnya orang laki-laki di antara manusia minta berlindung kepada beberapa laki-laki di antara jin, lalu mereka (manusia) menjadikan jin-jin bertambah sombong.” Ayat 11 Surah Al-Jin, “ Dan di antara kami ada yang salih-salih dan di antara kami ada yang kurang daripada itu. Kami mempunyai jalan-jalan (aliran) yang bermacam-macam.” Ayat 14 Surah Al-Jin, “Dan sesungguhnya di antara kami ada jin yang Islam dan ada jin yang aniaya. Barang siapa yang Islam, mereka itulah yang menuju petunjuk.”

Permainan kuda kepang atau kuda lumping adalah kesenian yang berasal daripada budaya orang Jawa. Kesenian ini memerlukan “panggilan” atau istilah “menurun” semasa membuat persembahan. Hakikatnya persembahan ini adalah satu keadaaan yang menyebabkan seseorang itu diresapi oleh jin yang dipanggil atau diseru. Hal tersebut menyebabkan jin tersebut sebati dalam diri orang yang menurun dan menguasai perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad orang yang berkenaan. Apabila telah kesurupan banyak perkara yang pelik dan luar daripada kemampuan manusia yang boleh dilakukan semasa persembahan ini.(Dalam gelanggang)
Hal ini bertentangan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah Yunus ayat 106 yang berbunyi : Dan janganlah Engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah Engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).

Ilmu berdamping dengan jin ada pelbagai cara.Berdamping dengan jin itu sendiri mempunyai tahap mengenal yaitu “asal dan usul.” Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari.
1. Kuda kepang atau kuda lumping itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin meresap menguasai perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad orang yang berkenaan; menyebabkan tidak menyedarkan diri.
2. Ada juga yang di mana seorang dukun,bomoh atau pawang “menurun” semasa hendak mengubati pesakit. Dalam keadaan “menurun” barulah si tukang ubat berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya.
3. Ada juga di mana seorang yang tidak tahu bersilat menjadi tahu bersilat setelah “menurun.” Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.
Ayat 11 Surah Al-Jin, “ Dan di antara kami ada yang salih-salih dan di antara kami ada yang kurang daripada itu. Kami mempunyai jalan-jalan (aliran) yang bermacam-macam.” Maksud ayat ini jelaskan menerangkan bahawa jin juga mempunyai pelbagai kepandaian. Jin juga ada yang beragama, ada juga yang tidak beragama. Golongan jin juga ada yang pelbagai aliran masing-masing.

Penjelasan 1,2 dan 3 adalah ilmu berdamping dengan jin yang mana hanya sekadar mengetahui “usul” yang menyebabkan jin menyeresap ke dalam badan seseorang itu tanpa mengenal hakikat “asal” jin yang didampingi.Ini kerana jin itu sendiri ada penyerupaan yaitu asli atau pun bukan asli. Sebagai contoh setiap pasangan kembar walau macam mana sama penyerupaan tetap tidak akan sama dengan kembarnya. Setiap manusia mempunyai cap jari yang berbeza-beza. Setiap jin juga mempunyai kelainan tersendiri.
Jika seseorang itu mengetahui “asal dan usul” ilmu dampingan yang dipelajari maka ilmu itu membolehkan menjadi sahabat ataupun dibuat saudara.

AGAMA PUAK-PUAK JIN
Jin juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak. Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan jin kafir. Golongan jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan jin yang tidak beragama. Golongan jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan jin. Seperti juga manusia biasa, jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada jin Islam yang bertaraf awam sahaja , jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas. Walaupun jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran. Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik. Golongan jin Islam yang awam dan jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh jin, bahkan jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

Ayat 6 Surah Al-Jin, “Dan sesungguhnya orang laki-laki di antara manusia minta berlindung kepada beberapa laki-laki di antara jin, lalu mereka (manusia) menjadikan jin-jin bertambah sombong.” Maksud ayat ini jelas menerangkan tentang adanya kalangan manusia yang memuja, berlindung atau meminta pertolongan jin dan menyebabkan jin yang dipuja atau yang menolong menjadi bertambah sombong. Sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya ada juga pada kaum jin sama seperti manusia.

Pelbagai natijah luar biasa mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku seperti apabila jin meresap. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.

Kekeliruan boleh timbul bagi mereka-mereka yang berubat ke dukun,bomoh atau pawang yang menggunakan pertolongan jin. Sebagai contoh anak AA ingin membuat majlis persandingan. AA berjumpa dukun untuk membuat pendinding. Si dukun telah memberikan AA kemenyan yang “diisikan” untuk di tanam di sekitar majlis persandingan anak beliau. Pada masa yang sama juga tukang masak untuk majlis AA pergi ke dukun lain untuk mengambil pendinding. Dukun telah memberikan kayu yang “diisikan” kepada tukang masak. Tukang masak perlu membawa bersama kayu yang “diisikan” ke dalam majlis. Semasa dalam majlis tukang masak kesurupan dan ada kejadian yang kurang disenangi berlaku. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati kepada tukang masak. Selepas majlis tukang masak pergi berjumpa dengan dukun yang memberi kepada kayu yang “diisikan” kepada beliau. Dukun yang memberi kayu yang “diisikan” kepada tukang masak itu menjelaskan bahawa kejadian itu angkara anak AA. Maka daripada sini timbul sihir-menyihir antara satu dengan yang lain. Jin yang berdamping dengan dukun telah memberikan penjelasan yang salah dan fitnah kepada tukang masak. Jin juga berpuak. Ada juga yang tidak menyenangi jika nampak puak yang lain. Kadangkala sesama sendiri terjadi perbalahan. Si tukang masak kesurupan dan kejadian yang tidak disenangi berlaku di majlis adalah kerana kayu yang “diisikan” tewas kepada kemenyan yang “diisikan”.

Ayat 6 Surah Al-Jin, “Dan sesungguhnya orang laki-laki di antara manusia minta berlindung kepada beberapa laki-laki di antara jin, lalu mereka (manusia) menjadikan jin-jin bertambah sombong.” Maksud ayat ini jelas menerangkan tentang adanya kalangan manusia yang memuja, berlindung atau meminta pertolongan jin dan menyebabkan jin yang dipuja atau yang menolong menjadi bertambah sombong. Sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya ada juga pada kaum jin sama seperti manusia.

Ayat 11 Surah Al-Jin, “ Dan di antara kami ada yang salih-salih dan di antara kami ada yang kurang daripada itu. Kami mempunyai jalan-jalan (aliran) yang bermacam-macam.” Maksud ayat ini jelaskan menerangkan bahawa jin juga mempunyai pelbagai kepandaian. Jin juga ada yang beragama, ada juga yang tidak beragama. Golongan jin juga ada yang pelbagai aliran masing-masing.





No comments:

Post a Comment