Rezeki datang dari Allah Yang Maha Pemurah.Allah lah punca
segala rezeki. Tiada siapa yang boleh memberi rezeki kecuali Allah. Tiada siapa
pula boleh mencapai rezeki kecuali atas izin-Nya. Jika Allah telah mengizinkan
seseorang mendapatrezeki,maka rezeki itu akan datang kepadanya walau cuba
ditahan oleh seluruh penduduk alam semesta. Jika Allah tidak mengizinkan
seseorang itu mendapatrezeki,maka tiadalah rezeki baginya walau seluruh
malaikat,jin,syaitan dan manusia berserta seluruh alien (jika ada) cuba untuk
menyampaikan rezeki itu ke mulut orang itu.
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan
menunjukkan kepadai.nya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki
dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada
Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
Syariatnya dalam hidup ini adalah dengan bekerja. Maka kerja
itu adalah suatu ibadah yang mana nilai murni ini akan hilang jika bekerja
kerana pekerjaan untuk mengejarkan daya kehidupan di dunia ini tetapi bukan
kerana Allah. Maka kedudukkan makam perkerjaan berbeza-beza mengikut niat
masing-masing. Dan hakikatnya juga pekerjaan itu adalah suatu ujian dunia.
Apakah pekerjaan itu menjadikan kita bersyukur atau terlena dalam keasyikkan
santapan duniawi ?
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (Surah Adz Dzariyat Ayat 56)
“Apakah manusia mengira, bahwa
ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)” (Surah. Al Qiyamah
Ayat 36)
Selahirnya KITA di dunia
ketetapan itu telah pun tertulis. Maka yang bertuah itu mengenal duduk
pekerjaan atas pertanggungjawaban. Maka kesyukuran hadir menusuk dalam diri.
“Perbezaan arah memandang
menyebabkan terjadi perbezaan daya nilai dan daya rasa. Orang akal lebih
cenderung kepada fahaman falsafah yang berdiri di atas kemanusiaan sejagat
iaitu fitrah manusia. Keberkesanan hukum sebab akibat membentuk formula-formula
yang seterusnya melahirkan hukum logic yang dipegang oleh akal. Sukar bagi akal
untuk melihat bahawa Allah s.w.t yang meletakkan dan menetapkan keberkesanan
hukum sebab-akibat itu. Orang akal memerlukan masa untuk berfikir dan menimbang
sehingga mereka melihat dan mengakui kerapian serta kesempurnaan hukum yang
mereka pegang itu. Setelah sampai kepada pengakuan yang demikian baharulah
mereka beralih memerhatikan apa yang datang dari Tuhan.
Orang hati pula terus
menyaksikan ketuhanan pada apa yang disaksikan. Mereka melihat perjalanan sebab
dan akibat sebagai tadbir Allah s.w.t. Mereka juga mengambil sebab dalam
melakukan sesuatu tetapi ketika mengambil sebab itu hati memandang kepada Allah
s.w.t, meletakkan pergantungan kepada-Nya yang mentadbir sebab musabab itu,
bukan bersandar kepada sebab semata-mata. Jika sebab gagal menghasilkan akibat
menurut hukum logik, orang hati melihat kekuasaan Allah s.w.t mengatasi segala
sebab. Orang akal yang berhadapan dengan keadaan yang demikian sering diganggu
oleh kekeliruan dan mereka mencari formula baharu untuk mengembangkan logik.
Walaupun terdapat perbezaan
cara memandang tetapi tidak seharusnya berlaku berselisihan di antara dua
golongan tersebut. Satu golongan harus menghormati daya nilai dan daya rasa
golongan yang satu lagi. Walau bagaimana pun orang akal harus sedar bahawa
mereka sedang bergerak ke arah daerah orang hati kerana iman, ikhlas, berserah
diri, takwa dan lain-lain nilai baik dalam agama adalah nilai hati yang
mengeluarkan niat.” – Kitab Al Hikam
Khalifah
Allah muncul dalam berbagai-bagai bidang. Mana-mana bidang yang dipimpin oleh
Muslim yang bertaraf Khalifah Allah akan menjadi cemerlang dan kaum Muslimin
akan mengatasi kaum-kaum lain dalam bidang berkenaan. Khalifah ekonomi akan
membawa ekonomi umat Islam mengatasi ekonomi semua kaum lain. Khalifah tentera
akan membebaskan umat Islam dari kaum penjajah dan penindas yang zalim.
Khalifah dakwah akan membukakan Islam yang sebenarnya dan membersihkannya dari
bidaah, kekarutan dan kesesatan. Bila semua bidang kehidupan dipimpin oleh Khalifah
Muslim maka umat Islam akan menjadi umat yang teratas dalam segala bidang. Mulalah
bekerja membentuk hati agar ia menjadi bercahaya dengan Nur Ilahi. Nur Ilahi
adalah tentera bagi hati yang akan mengalahkan segala jenis senjata dan segala
jenis sistem, walau bagaimana canggih sekali pun. Bila Nur Ilahi sudah memenuhi
ruang hati umat Islam maka umat Islam akan menjadi satu puak yang tidak akan
dapat dikalahkan oleh sesiapa pun, dalam bidang apa sekalipun. Insya-Allah! - Kitab Al
Hikam
Wahai
manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat - (menjalankan keadaan hidupmu)
dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu,
kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit
semuanya). (Ayat 6 : Surah al-Insyiqaaq )
No comments:
Post a Comment