By: Masrulhakim
Bin Amin written on Friday, December 9, 2011 at 2:44am.
Dunia ohh dunia
Aku melihatmu dalam pentas ini
Di mana setiap denyutan nafas
Takkan mungkin bicara benar
Jika aku masih kekaburan.
Atau mungkinkah Aku
Yang buta dan tuli
Sama seperti yang lainnya
Tidak kenal erti jemu
Terlupa dek hanyut dalam
dasar keduniaan ini.
Aku dan kamu
Kita adalah sama
Walau beza bangsa dan agama
Aku dan kamu
Kita hidup dalam pementasan ini
Pentas sandiwara belaka
Terlihat akan dek masa
Tidak mungkinkan terhenti
Tidak mungkinkan terulang
Itulah putaran alamiah
Waktu jalan dan berubah
Dunia ohh dunia
Tidak mungkin milik bersama
Hakikatnya itu tiada
Aku jemu melihatmu
Segalanya khabar indah sahaja
Kabur dalam pandangan.
Aku melihatmu dalam pentas ini
Di mana setiap denyutan nafas
Takkan mungkin bicara benar
Jika aku masih kekaburan.
Atau mungkinkah Aku
Yang buta dan tuli
Sama seperti yang lainnya
Tidak kenal erti jemu
Terlupa dek hanyut dalam
dasar keduniaan ini.
Aku dan kamu
Kita adalah sama
Walau beza bangsa dan agama
Aku dan kamu
Kita hidup dalam pementasan ini
Pentas sandiwara belaka
Terlihat akan dek masa
Tidak mungkinkan terhenti
Tidak mungkinkan terulang
Itulah putaran alamiah
Waktu jalan dan berubah
Dunia ohh dunia
Tidak mungkin milik bersama
Hakikatnya itu tiada
Aku jemu melihatmu
Segalanya khabar indah sahaja
Kabur dalam pandangan.
No comments:
Post a Comment