Sunday, 11 November 2012

Silat Benteng Diri



Silat Benteng Diri adalah seni silat berunsur kehalusan seni dalam tari semasa memberi persembahan atau pergerakkan silat pengantin. Gerak silat ini memegang adat dalam gerak semasa membuka langkah awal dan akhir. Jurusan silat Benteng Diri ringkas sahaja. Perbezaan silat ini daripada silat yang lain kerana dasarnya amat berbeza. Silat Benteng Diri boleh dinilaikan sebagai baru namun seni tari ini mempunyai nilai silat dahulukala. Dalam pembelajaran ilmu gerak silat,ada beberapa gerak yang harus dihayati,difahami dan diingati. Ianya adalah asas untuk kesenian silat yang dipelajari,menyerang­ atau mempertahankan diri. Pembelajaran ilmu gerak Benteng Diri cuma lapan sahaja. Walaupun begitu,pecahan bunga silat Benteng Diri terbahagi lima iaitu gerak sembah,gerak tari,gerak layang,gerak sang pendekar dan gerak semulajadi.

1.Gerak Sembah adalah pergerakkan halus seolah-olah gerak silat yang dipersembahkan dengan sifat memberi penghormatan.
2.Gerak Tari adalah pergerakkan seolah-olah menari namun pergerakkannya bukan menari.
3.Gerak Layang adalah pergerakkan yang menunjukkan langkah atau gerak yang diatur dalam keadaan seperti melayang.
4.Gerak Sang Pendekar adalah pergerakkan yang menunjukkan sifat persediaan dan berjaga.
5.Gerak Semulajadi adalah cantuman daripada gerak sembah,gerak tari,gerak layang dan gerak sang pendekar
.

Jurusan mempunyai dua pengertian. Pertama JURUS dan kedua JURUS TETAP. JURUS adalah pergerakkan yang dilakukan oleh seseorang untuk memyerang atau mempertahankan diri. JURUS dalam pertarungan terbahagi tiga iaitu jurus tindak balas,jurus kunci dan jurus maut. JURUS tidak akan tercipta tanpa pengetahuan dan pengertian untuk membela atau menyerang.
JURUS TETAP adalah suatu pembelajaran tingkatan untuk dihayati,difahami dan diingati sebagai lambang ilmu silat yang dipelajari. Jurus tindak balas,jurus kunci dan jurus maut boleh disimpulkan menjadi pelbagai teknik. Teknik boleh diciptakan namun untuk menyampaikannya dalam keadaan sebenar kadangkala sukar. Ini kerana ilmu pertarungan itu luas. Oleh itu adalah penting untuk seorang beladiri mengetahui dasar sebenar ilmu pertarungan dan memahiri asas pengetahuan serang-bela. 

Umumnya diketahui kedalaman ilmu di kalangan orang Islam mempunyai empat tingkat iaitu ilmu yang dibangsakan ilmu syariat,ilmu tarekat,ilmu hakikat dan ilmu makrifat.Empat perkara ini boleh diumpamakan seperti ilmu silat.

1.Ilmu Syariat diumpamakan kulit buah bagaikan seni tarian dalam silat.
2.Ilmu Tarekat diumpamakan isi buah bagaikan pukulan,tangkisan atau buah kunci dalam persilatan.
3.Ilmu Hakikat diumpamakan bagaikan rahsia pukulan,tangkisan atau kuncian dalam ilmu persilatan.
4.Ilmu Makrifat diumpamakan zat buah...??? dalam ilmu persilatan.


No comments:

Post a Comment