Penyihiran/Pengamalan tukang sihir itu wujud.( Al-Baqarah ayat 102 telah menyatakannya )
Bahagian 1
Monday, April 13, 2009 at 9:09pm
102 - Mereka mengikuti apa yang dibacakan syetan (ketua tukang sihir) pada masa kerajaan Sulaiman dan Sulaiman itu bukan kafir tetapi syetanlah yang kafir.Mereka ajarkan ilmu sihir kepada manusia dan apa-apa yang diturunkan kepada dua Malaikat : Harut dan Marut dinegeri Babil.Keduanya tiada mengajarkan sihir kepada seseorang melainkan lebih dahulu berkata : Kami ini hanya mendatangkan cobaan,sebab itu janganlah engkau kafir.Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya.Mereka itu tiada memberi melarat kepada seorang juapun kecuali dengan izin Allah.Mereka mempelajari apa-apa yang melarat kepada mereka dan tiada bermanfaat bagi mereka.Sesungguhnya mereka itu telah tahu,siapa yang membeli sihir(mengerjakannya) tak adalah untuknya bagian di akhirat.Sesungguhnya amat jahat orang-orang yang menjual dirinya dengan sihir,jika mereka mengetahui.
Penyihiran/Pengamalan tukang sihir itu wujud.
Bahagian 2
Monday, April 13, 2009 at 9:13pm
Disebut dalam hadis sahih: Kata Aishah,telah disihir Rasulullah oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq, dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A'sam al Yahudi.Rasulullah berasa tidak keruan atas perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak.Nabi bertanya Aishah,"Wahai Aishah,apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu ke atas diriku?Nabi menyambung dengan katanya,ada dua orang laki-laki datang kepadaku ketika aku sedang tidur,maka salah seorang berada di sisi kepalaku,seorang lagi berada di sisi kakiku,maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya,apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?
Maka seorang lagi menjawab,dia telah disihirkan orang.Ditanya lagi,siapakah yang telah menyihirnya?Dijawab lagi, disihirkan oleh Labid bin al-A'sam.Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu?Jawabnya,digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain(sihir).Ditanya,dimanakah diletakkan barang-barang tersebut?Dijawabnya,ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan.
Maka ditanya lagi,dengan apakah kita akan merawatkan Muhammad ini?Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran.Nabi Muhammad s.a.w. sedar dari tidurnya,maka diberitahu kepada Aishah,Bahawasanya,Allah SWT telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ulama bersepakat berpandukan hadis sahih ini,ada percubaan melakukan sesuatu yang dipanggil sihir.Nabi memerintahkan sahabat,turun ke dalam perigi mencari barang-barang sihir tersebut,dikeluarkan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.
Peristiwa ini tidak boleh disamakan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan,menderita kesakitan memanjang dengan mengganggu ibadat,malah mengganggu daripada melakukan kerja harian.
Semua itu tidak mengganggu Nabi,baginda cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya.Tiada siapa yang mengetahui,Aishah pun tidak mengetahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-Muawwizat,ayat pelindung penyakit sihir.
Ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit.Jelas bahawa Nabi sendiri pun bila disihirkan orang,tidak mengetahui,melainkan selepas Jibrail as. memberitahu bahawa baginda telah matbub (disihirkan).
Jika Nabi sendiri tidak mengetahui baginda disihirkan,bagaimana orang hendak berubat,mengadu kesakitan,tiba-tiba si pengubat mengatakan kamu telah kena sihir.Datang pesakit lain,dikata kamu telah kena buatan orang, ada yang lebih ke hadapan mengatakan,kamu telah disihir fulan bin si fulan.
Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain?Bukan kena kepada dirinya,dengan membuat keputusan orang itu kena sihir,inilah masalah yang kita hadapi.Tidak sepatutnya berlaku sedemikian kerana hanya Allah sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya.Pengubatan disyariatkan,tetapi jangan sampai mendakwa orang itu kena sihir atau menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.
Kesimpulan tentang penyihiran/pengamalan menyihir.
Monday, April 13, 2009 at 9:23pm
Bagi mereka-mereka yang telah disihir,pengubatan disyariatkan.Jika kiranya kita mengetahui sekalipun siapa yang menyihir kita adalah salah(haram) menyihir kepada orang berkenaan.Biarlah Allah menentukannya.
Awas....Ilmu sihir/tukang ubat boleh menimbulkan caca marba dalam masyarakat.Peluang ini digunakan oleh orang yang bukan ahli sihir tetapi mendakwa boleh melakukan hal-hal sedemikian untuk mendapat keuntungan duniawi sehingga mengenakan bayaran yang tidak tertanggung oleh pesakit.
Sihir membuka jalan manusia mempercayai apa sahaja yang dikatakan ahli sihir.Kata-kata seperti,penyakit itu berpunca daripada orang yang terdekat kepadanya atau kadang-kadang menamakan orang tertentu (sama ada ahli keluarga atau kawan karibnya) ini boleh menimbulkan permusuhan sehingga perkara yang tidak sepatutnya beraku,dilakukan.Lebih buruk apabila,dibalas balik dengan sihir juga.
Awas....Ilmu sihir/tukang ubat boleh menimbulkan caca marba dalam masyarakat.Peluang ini digunakan oleh orang yang bukan ahli sihir tetapi mendakwa boleh melakukan hal-hal sedemikian untuk mendapat keuntungan duniawi sehingga mengenakan bayaran yang tidak tertanggung oleh pesakit.
Sihir membuka jalan manusia mempercayai apa sahaja yang dikatakan ahli sihir.Kata-kata seperti,penyakit itu berpunca daripada orang yang terdekat kepadanya atau kadang-kadang menamakan orang tertentu (sama ada ahli keluarga atau kawan karibnya) ini boleh menimbulkan permusuhan sehingga perkara yang tidak sepatutnya beraku,dilakukan.Lebih buruk apabila,dibalas balik dengan sihir juga.
No comments:
Post a Comment