Wednesday 21 May 2014

To Live You Must Express Yourself In What You Believed In.



I live my life and express it in a different version. I have never intended to duplicate becoming somebody because I do not believe in becoming someone else. Life should be a process proceeding to progress in self with others.  Imperfection and you cannot make everyone like you or agreeable with you. Why worries about others whom just concern for purpose? Time is precious live life utmost with people whom except you as who you are and your imperfection. There is other concern which is YOU.  To live humbly and graciously as I live life in trials practice and let the FATE DECIDE.

One can never live to be alone as individuality in life because the world can never be alone without the other. For such matters a picture shows the comfort require by everybody. It’s a plain black and white that roots among us. What matter most are the balances to live in it. We can never be the same because each and every own seek or come from different path. The hearts have always been important parts of our immune system.
Timeless effort of multi trials as years past by and looking to where I am standing; although too many times in failure my faith still intact, ALHAMDULILLAH and practically because I live within my principal as such live is to live practically and survive with no doubt. I may compare at times but then I do not make it into absolute tragic. Why bother? PASRAH cannot be define or describe into written words. To entrain enlighten you must seek yourself and FOCUS.


To live in hope without a doubt by grace of ALLAH, for all that matter I will be lost without the guidance. There are so many failures careers, relationships and even friendships but to me the reals one will stay. Experience cannot be studied but trials through it and I have long realized never to put any trust completely in anyone. Trust is not merely by words of sentences but action true fully and the result from it. I am not a saint nor am I a religious person as I am the way I believe as I put my faith and trials to learn and progress. I can envy some but nothing is stronger than fate. For all matters of trials, I let the fate decide. I believed in self-cultivation rather than following the distinction of path lead by others because basically we are all different; physically, mentally, emotionally, biologically and all osmotic content in us, process and progress.


Thursday 1 May 2014

CERMIN DIRI DALAM KOTAK HATI


Persoalan hati itu memang rumit. Hati tidak dapat di didik hanya dengan ilmu. Berapa ramai manusia berilmu tidak kira dalam apa bidang sekalipun mahu mengakui bahawa masih dalam kebodohan?  Hati itu adalah diri di mana memiliki antara fungsi  yang tersirat atau disebaliknya dalam perbuatan dan sikap. Itulah manusia memang lumrah, tidak kira dalam pertalian darah, berpasangan atau berkawan. Hakikatnya manusia yang bertuah itu adalah mereka-mereka yang memperolehi petunjuk dan hidayah lantaran mengamalkannya dalam apa yang difahami dengan keyakinan. Namun juga persoalan hati kembali lagi, mencabar hati nurani dalam keikhlasan. Hati yang tidak mahu sadar akan sentiasa merasakan benar. Antara maruah yang perlu dijaga atau kebenaran yang perlu dinyatakan dalam penerimaan? Hati perlu di didik dengan mencabar diri menerima kekhilafan yang sentiasa ada dalam diri.

Mengimbau kembali pada tahun 2001 di bulan Mei. Suatu perkara yang menimpa diri sewaktu N.S. Semasa berlatih larian perasaan seperti angin melintang dan terasa menusuk daripada bumi ke dalam diri. Secara  tiba-tiba jantung berdebar, seleruh anggota badan lemah dan badan menggigil. Aku sadar terkena perkara tidak masuk akal. Di hantar ke hospital dan menjalani peperiksaan. Ujian X-ray dan pelbagai dijalankan. Ujian di terima aku disahkan oleh doktor sihat. Bapa aku menghantar aku berubat di Batu Pahat dengan seorang Cikgu di Jalan Sentol. Katanya kepada aku, “Alhamdulillah awak kuat.” Selepas itu mengambil masa seketika. Perkara yang terjadi mempunyai hikmah pelajaran yang tidak bernilai. Asal usul dalam penerimaan syariat pasti akan kekal tetapi hakikat tidak mengenal dalam duduk perkara. Pasal itulah hakikat. Bicara ini tidak akan dapat mampu difahami bagi mereka-mereka yang tidak mengerti istilah hakikat hidup.

Aku amat beruntung kerana walaupun tidak dapat mencungkil sepenuh daripada bapa aku tetapi bicara pengetahuan dan pengalamannya menambahkan kematangan aku. Bapa aku bukan sekadar belajar dengan seorang guru Silat yang disegani tetapi juga didk daripada Buyut dan Abang kepada Embah aku.  Bapa aku orang Batu Pahat dan apabila orang terlebih cerita pasal KIYAI SALLEH aku hanya diam membisu. Telah menjadi lumrah sehingga kini tambah-menambah. Aku minat banyak perkara silat mungkin daripada darah yang mengalir. Daripada situ jugalah banyak yang aku sedar masyarakat MELAYU banyak yang masih terikat dalam pikiran ortodok. Ada perkara dalam adat atau pengamalan yang sememangnya tidak boleh kerana keluar daripada syariat. Persoalan hati memang rumit. Antara amalan ISLAM dan BUDAYA/ADAT  tidak mungkin sama. Berapa ramai yang boleh terima? Pandai dalam satu bidang tidak boleh disamakan pandai dalam semua bidang. CIKGU mana yang pandai dalam semua bidang? Dalam perkara agama pun sama. Tidak perlu taksub hanya kepada seorang.


Pada tahun 2010 setelah lama tidak berkecimpung dalam dunia silat alhamdulillah, takdir menemukan aku dengan seorang guru yang bukan saja unik tetapi berilmu. Alhamdulillah ada perkara terjawap selepas bertahun tiada seorang yang aku jumpa MAMPU menjawap. Mungkin perkara ini telah menjadi suatu perkara yang dianggap BENAR. memang ramai yang masih dalam fikiran ortodok. merasa benar dalam kebenaran. Aku belum lagi mampu meneruskannya buat masa ini atas urusan peribadi dan memang kerana jiwa aku yang belajar tidak suka menampil ke depan. Antara sebab kenapa banyak gambar penampilan silat di dalam FB banyak aku “private”kan.  Itulah diri aku tetapi ramai TERKELIRU. Bagi aku pelajaran tidak kira dengan sesiapa adalah urusan peribadi aku kerana aku ingin mendidik diri aku. Aku adalah pelajar yang keluar daripada pemikiran sebagai murid. Aku belajar untuk mengenal diri. Biarlah walau sekadar sekarat sekalipun tapi nikmat kesyukaran tidak akan mampu dicoretkan atau digambarkan. Alhamdulillah. Semoga GURUKU itu terus teguh dalam melestarikan dan membudaya TRADISI. Semoga ALLAH memberkahi atas segala usahanya dan memberikan beliau kesejahteran sekeluarga. SEMOGA YANG BERSAMA GURUKU  AKAN TERUSKAN JUGA MELESTARIKAN BUDAYA TRADISI.

Silat itu milik siapa? Di mana makam silat?Apa penting tradisi dan kontridaksi? Siapa yang benar? Bagaimana harus dipusakai dan mewarisi silat? Persoalan hati memang rumit sehingga hari ini pun “PERANG” melanda dalam perkara silat. Pada tahun 2011 pula aku ke seminar seseorang yang disegani. Beliau daripada Brunei. Pelajarannya walaupun hanya dua hari saja tetapi aku pasti akan pengisian dalam rangkaian teknik. Semoga Allah memberikan beliau kesentosaan dan manfaat ilmu untuk sesiapa yang belajar daripada beliau. Pada pandangan aku beliau mengajar keluar daripada tradisi dan walau aku kenal sekadar aku PASTI lalunya menemukan KONTRIDAKSI oleh pelbagai pihak yang mencabar, daripada BANGSA SENDIRI dan senibbela diri yang lain. Persoalan hati memang rumit.

Sesungguhnya ALLAH mengangkat derjat seseorang melalui ilmu dan keikhlasan seseorang itu menempatkan mereka ke dalam “makam” terpiliih. “MAKAM” itu memilih siapa dan “makam” apa? Persoalan yang boleh difahami apabila mengerti. Itu adalah amanah yang mereka kena tanggung. Tulisan ini adalah untuk aku mencerminkan diri dan benar-benar faham persoalan hati aku hanya ALLAH.


"Asal silat sebenarnya diri. Diri bergerak dan melangkah dalam tari dalam sembah maka berbuah jurus. Asal silat tiada asal hanya diri namun diri tanpa hak tiada silat. Asal silat asal semulajadi kerana silat ada langkah ada gerak. Asal silat dalam ilmu tanpa amalan maka tiada terisi. Asal silat dalam amalan tanpa ilmu tiada hak. Asal silat dalam ilmu dalam amalan maka itulah silat. Asal silat mesti seimbang baru menyerang. Asal silat tiada menyerang tiada membela diri kerana itulah asal semulajadi.”