Gila-gila remaja
Terdahulu Si remaja impikan
Ingin saja semua dan segala
Mengejar impian atau khayalan
Hati yang kerapkali merawan
Dingin jika tidak mendapatkan
Dunia seperti taman permainan
Dari satu generasi ke satu generasi
Dahulu lain sekarang lain katanya
Namun sebenarnya sama
Skesta alam remaja
Gila-gila remaja
Cinta yang berputik bagai indah
Namun disebaliknya haram jadah
Bercinta katanya tapi kerna nafsu
Air takung yang penuh belum sumbat
Ingin sekali dialirkan ke permai desa
Di balik pulau kelak kecanduan
Nanti sakit harus ke doktor
Skesta dahulu kini sama
Kini remaja telah dewasa
Berapa ramaikah yang berjaya
Ada yang merawan menyesal
Kerna terlewat mengenal asal
Ada pula yang berjaya pelbagai
Dan terlupa siapa aku siapa engkau
Begitulah skesta ragam
Gila-gila keremajaan
(Akim / Masrulhakim)
1/2/2017