Tuesday, 24 February 2015

Mana bukti syahadah ku

Apakah aku berdiri dengan syahadah
Berjalan dan berlari-lari hampir lemas
Lautan yang begitu luas terbentang
Kebebasan yang aku merasakan hilang
Di manakah pedoman aku ini
Atau mungkin sekadar bicara bibir
Aku menoleh ke belakang
Masa terdahulu sudah banyak terbuang
Tapi aku tetap di simpang penantian
Aku sudah pun penat
Sungguh letih dengan setiap keadaan
Tapi aku tetap di persimpangan
Mana bukti syahadah ku

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
Kata bukan di lisan saja
Di mana aku perlu membuktikannya
Di mana aku tidak bersandar kepada sesiapa
Syirik aku beramal kerana amal dan pahala

Tapi mana bukti syahadah ku

Sunday, 22 February 2015

Innalillahi wa innalillahi rajiun.

Innalillahi wa innalillahi rajiun.

1. Maha Suci (Allah) yang ditanganNya kerajaan (pemerintahan) dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
2. Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia menguji kamu,siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Perkasa lagi Pengampun.
(Surah Al-Mulk ayat 1 dan 2)

2. Dia yang menciptakan kamu dari pada tanah kemudian Dia menetapkan ajalmu dan ajal yang ditentukan disisiNya,kemudian kamu bimbang (juga kepadaNya)
( Surah Al-An'aam ayat 2 )

Hai Si Jabang Bayi
Tangisan Mu kala mula
Pabila nalurimu menjelma
Titip nada bergema-gema
Mencurah rasa kepada dunia

Hai Si Jabang Bayi
Yang ingin diberi nama
Di mana diri Mu mulai bersih
Jiwa-jiwa Mu tiada di noda
Itulah awal mula diri Mu

Hai Si Jabang Bayi
Bukanlah bangsa Mu yang Mulia
Bukanlah keturunan Mu yang Tinggi
Lihatlah akan diri Mu sendiri
Tiada berbeza hanyalah hamba

Hai Si Jabang Bayi
Tahukah siapa Tuhan Mu
Apakah pegangan Agama Mu
Penuhilah jiwa raga Mu
Kamu pasti kembali di kemari

Hai Si Jabang Bayi
Tiada perlunya kamu berbangga
Tiada perlunya kamu menyesal
Kerna inilah tulisan awal di Azali
Sebelum kamu hampir ke mari

Demi masa
Berapa ramaikah manusia rugi
Ingatlah akan lima perkara
Sebelumnya datang lima perkara
SihatMu sebelum sakitMu
MudaMu sebelum tuaMu
KayaMu sebelum miskinMu
LapangMu sebelum sempitMu
HidupMu sebelum matiMu

Hai Si Jabang Bayi
Bukan aku punya kekata
Inilah wasiat awal mula jadiMu
Dengarkanlah ikutkanlah
Sebelum kamu hampir ke kembali


Tarikh: 31/12/2011

Bersatu teguh bercerai runtuh



Ke mana mungkin hilangnya Taming Sari
Apakah ianya hanya akan tinggal nama
Keris pusaka lambang satria dalam diam membunuh sahabat
Dalam taat bertitah Raja namun kecundang akhirnya

Ke mana mungkin hilangnya Tuah
Laksmana terbilang dalam hikayat Melayu
Pendekar termashyur lima sahabat
Bersatu teguh bercerai runtuh

Ke mana mungkin para pendita
Mulai hilang dalam nyata maka luputlah pengetahuan kita
Takkan Melayu hilang di dunia


Tarikh: 10 haribulan October 2010 · 

Tidak kekal abadi.



Yang telah lama BERKUASA
Yang telah lama HIDUPNYA
Ada antara mereka TERLUPA
Ada antara mereka TERLENA
Si Firaun mengata dia TUHAN
Si Firaun mengata dia KUASA
Tapi fitrah jasad kenal DIRI
Tapi fitrah jasad pasti KEMBALI
Si Muda tidak akan sentiasa MUDA
Si Tua tidak aka sentiasa TUA
Semua pasti akan MATI
Tidak perlu mencerca Si Firaun
Tidak perlu menghukum Si Firaun
Itu bukan kerja KITA

Hakikatnya sebagai BERINGAT
Untuk yang fikir berdaulat KUASA
Untuk yang fikir berdaulat HARTA
Semua pasti akan MATI

Tidak kekal abadi......

Tuesday, 17 February 2015

Pasal orang SILAT

Pasal orang SILAT
Orang-orang SILAT ada pelbagai
Ada orang SILAT pandai-pandai
Ada orang SILAT dalam cyber saja
Ada orang SILAT menuntut haknya
Ada orang SILAT menguji-uji minda
Siapakah orang SILAT sebenar

Pasal orang SILAT
Orang-orang SILAT bermacam karenah
Bersilat hanya kerana ingin amalan
Bersilat hanya kerana ingin namanya
Bersilat hanya kerana ingin berdaulat
Di manakah makam SILAT sebenar

Pasal orang SILAT
Orang-orang SILAT bukan semua Islam
Islam itu adalah agama KITA
Islam itu bukan sekadar NAMA
Islam itu membentuk AKHLAK
Apakah SILAT itu ISLAM

Pasal orang SILAT
Orang-orang SILAT ada mencari SILAP
Kalau cakap SILAP nanti melawan
Kalau cakap SILAP nanti ditawan
Kalau cakap SILAP nanti berlawan
Belajar SILAT bukan sekadar SILAP

Pasal orang SILAT
Dulu sama kini pun tetap sama
Apa ada dengan orang SILAT.

February 11, 2015  Jam: 12:24 pagi 

Mereka Bukan Sesiapa, Hanya Suara Anjing


Mereka bertanya tentang usahaku
Sedangkan usahaku tidak perlu aku perlihatkan
Mereka bertanya tentang kedudukkanku
Sedangkan aku merasakan bukan keperluan
Mereka berkata memberi harapan dan kepastian
Sedangkan mereka terlupa bukan sesiapa menguruskan
Apakah mereka terlupa bahawa ALLAH menentukannya

Mereka yang berada di samping ku keliru
Aku tidak berfikiran sama seperti mereka
Sedangkan aku ini bukanlah sesiapa bagi diri mereka
Kenapa perlu keliru kerana tidak sama merasa
Apakah yang terfikir dalam hidup Mu
Andai mereka mengerti kewujudan itu sebenarnya tiada

Dia Yang Tetap Hidup; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka  sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepada-Nya sematamata. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 
( Ayat 65 : Surah al-Mu’min )

Thursday, 5 February 2015

Pasal malam Jumaat

Khamis malam Jumaat
Ramai Melayu kalut pasal malam Jumaat
Yang bersenang-senang dok asyik kata bedal
Yang bertahyul pulak terus mengasah karut
Yang penakut pulak kata Si Hantu berkeliaran
Aku tepuk kepala menjadi hairan
Memang hairan dengan otak Melayu

Khamis malam Jumaat
Hei awak nak bedal malam Jumaat je ke
Ni Fulan pulak berkemenyan dah buang tebiat ke
Yang ni pulak semenjak bila Jin jalan ada ikut masa
Kalau tak tahu pergilah tanya
Pergilah bertanya mengenal ilmu
Bukankah senang itu namanya

Khamis malam Jumaat
Peribahasa lama telah pun tertulis
Siapa makan cili dialah terasa pedas
Ikan kekek mak iloi iloi, dengar ke tak
Ikan gelama mak ilai ilai, kan dah terpanggil
Nanti adik mak iloi iloi....

Khamis malam Jumaat

Siapa Yang GILA ?


Pasal orang gila
Ramai berkata dia gila
Dia suka bercakap sendirian
Kadangkala kerap dia ketawa
Duduk termenung meracau diri
Mengila dalam pandangan mata

Tapi aku lihat dia mengada
Kalau dia memang seorang gila
Bagaimana Si Gila tidak sesat jalan
Dia tahu mana hendak dia menuju
Meluat aku teramat meluat
Kalau boleh hendak aje aku sepak
Pijak-pijak muka Si orang gila

Hei Si Orang gila
Kamu ini benarkah gila
Caramu memang tak masuk akal
Kamu sebenarnya sakit jiwa
Jiwa-jiwa Mu menjadi tebal
Melayan karenah resah gelisah

Melihatmu aku tak kasihan
Mengharap benar kaki aku ini
Untuk menyepak kepala Mu
Biar kamu mati
Biar nanti aku yang gila

Tarikh: 4/02/2015 – Rabu
Jam: 5.15 petang

[MASRULHAKIM]