Siapakah itu Pendekar
Dahulu kala itulah insan
mulia
Mulia pada pandangan rakyat
jelata
Suatu derjat hormat di mata
Sultan
Pendekarlah pembenteng negara
Apakah erti Pendekar
Bukan hanya pakar tempuran
Bijak bicara akalnya membina
Tidak hanya pada
jurus-jurusan
Bersendikan hukum mengikut
syariat
Bagaimana jadinya Pendekar
Tingkah bicara panas hatinya
Mau semua segala tunduk
patuhi
Terlupa akan asal dan
perintah agama
Pendekar itu mengenal diri
Di mana itu Pendekar
Zahir terlihat batin
tersembunyi
Bertegur sapa
hormat-menghormati
Marifat Pendekar kenal
Pendekar
Apabila bicara tanpa berkata
Pendekar dahulu Pendekar kini
Gerakkan langkah tersimpan
kata
Kata bukan sembarang kata
Bumi dipijak akhir tanah
tertumpah
kullu nafsin zaiqatul maut
Pada tanggal 15 August 2010 Ahad
Jam: 10.11 malam
Paman Iskandar menerima aku sebagai murid melalui ruang
Facebook
Pada tanggal 18 September 2010 Sabtu
Jam: 5.00 petang
Pelajaran pertama bersama Paman di gelanggang silat
Perkampungan Melayu Geylang Serai.
Pada tanggal 22 March 2011
Jam: 00.11 tengah malam
Aku dikecerkan oleh Bapak Rifai. Penerimaan sebagai anak
didik cimande.
Liku-liku perjalan aku mencari silat bukanlah mudah. Sewaktu
remaja sehingga dewasa. Pencarian yang mana bukan untuk mencari kemegahan
tetapi mengenal diri. Persoalan bukan mudah kerana sukar mencari guru yang
sebenar. Antara hak dan batil. Antara kemegahan dan nama. Antara pelajaran nyata
dan kabur. Pesan bapa Ku, “Guru itu perlu seimbang. Antara akhirat dan dunia.
Tapi lebih ramai keduniaan. Berhati-hati.”
Antara hak dan batil. Aku pernah melaluinya kerana kejahilan
aku dalam agama. Setelah dipelajari tanpa kefahaman yang kukuh hanya menerima
kabur dalam terang. Antara kemegahan dan nama mungkin amat ramai manusia begitu
hakikatnya pertarungan itu tiada mata atau mengenal. Apabila darah mengenal
darah mampu mengikut hati siapa lewat pasti mati. Sukar untuk mana-mana guru
memahami ku tapi aku teruskan. Diam bukan bererti dungu. Mata aku melihat bukan
hanya langkah maupun gerak. Aku melihat kebenaran.
Tapi tahun 2010 melalui ikhtiar dan Istiharah gerak hati
tercuit. Semoga aku tercapai “mengenal diri”.
INSYA-ALLAH
(MasRuLHakiM)