Tuesday 18 October 2016

Logika tidak lagi di terima akan kebenaran

Watak-watak berbicara
Di sana itu di dalam panggung idola
Keramaian kerap mengimpikan rasa itu
Bicara yang mengata akan berbahagia
Ketenangan yang didambakan oleh jiwa
Apa itu ketenangan jika sering ketegangan
Naluri berlawan dengan sanubari

Watak-watak berbicara
Mereka terlihat begitu megah sekali
Keramaian bertepuk-tepuk tangan gembira
Kemungkaran dalam pesta keriangan seketika
Tidaklah ia mengira siapa engkau siapa aku
Bukankah KITA telah terperap dalam kehampaan
Ketenangan sebenarnya telah menjadi kedukaan

Watak-watak berbicara
Fitnah besar sebenarnya telah pun BERMAHARAJALELA
Ia di sana kerap kali mengadu domba-domba kebijaksanaan
Para pendita-pendita  keparat KAMU anggap mereka suci
Kamu ini sebenarnya seperti Si lembu di cucuk hidungnya
Apakah akal mu itu di otak mu atau akal mu di buntut
Logika tidak lagi di terima akan kebenaran


Monday 17 October 2016

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat - (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu,

Rezeki datang dari Allah Yang Maha Pemurah.Allah lah punca segala rezeki. Tiada siapa yang boleh memberi rezeki kecuali Allah. Tiada siapa pula boleh mencapai rezeki kecuali atas izin-Nya. Jika Allah telah mengizinkan seseorang mendapatrezeki,maka rezeki itu akan datang kepadanya walau cuba ditahan oleh seluruh penduduk alam semesta. Jika Allah tidak mengizinkan seseorang itu mendapatrezeki,maka tiadalah rezeki baginya walau seluruh malaikat,jin,syaitan dan manusia berserta seluruh alien (jika ada) cuba untuk menyampaikan rezeki itu ke mulut orang itu.

(Surah At-Talaq ayat 2-3)
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadai.nya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”

Syariatnya dalam hidup ini adalah dengan bekerja. Maka kerja itu adalah suatu ibadah yang mana nilai murni ini akan hilang jika bekerja kerana pekerjaan untuk mengejarkan daya kehidupan di dunia ini tetapi bukan kerana Allah. Maka kedudukkan makam perkerjaan berbeza-beza mengikut niat masing-masing. Dan hakikatnya juga pekerjaan itu adalah suatu ujian dunia. Apakah pekerjaan itu menjadikan kita bersyukur atau terlena dalam keasyikkan santapan duniawi?

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.(Surah Adz Dzariyat Ayat 56)
“Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)” (Surah. Al Qiyamah Ayat 36)

Selahirnya KITA di dunia ketetapan itu telah pun tertulis. Maka yang bertuah itu mengenal duduk pekerjaan atas pertanggungjawaban. Maka kesyukuran hadir menusuk dalam diri.

“Perbezaan arah memandang menyebabkan terjadi perbezaan daya nilai dan daya rasa. Orang akal lebih cenderung kepada fahaman falsafah yang berdiri di atas kemanusiaan sejagat iaitu fitrah manusia. Keberkesanan hukum sebab akibat membentuk formula-formula yang seterusnya melahirkan hukum logic yang dipegang oleh akal. Sukar bagi akal untuk melihat bahawa Allah s.w.t yang meletakkan dan menetapkan keberkesanan hukum sebab-akibat itu. Orang akal memerlukan masa untuk berfikir dan menimbang sehingga mereka melihat dan mengakui kerapian serta kesempurnaan hukum yang mereka pegang itu. Setelah sampai kepada pengakuan yang demikian baharulah mereka beralih memerhatikan apa yang datang dari Tuhan.

Orang hati pula terus menyaksikan ketuhanan pada apa yang disaksikan. Mereka melihat perjalanan sebab dan akibat sebagai tadbir Allah s.w.t. Mereka juga mengambil sebab dalam melakukan sesuatu tetapi ketika mengambil sebab itu hati memandang kepada Allah s.w.t, meletakkan pergantungan kepada-Nya yang mentadbir sebab musabab itu, bukan bersandar kepada sebab semata-mata. Jika sebab gagal menghasilkan akibat menurut hukum logik, orang hati melihat kekuasaan Allah s.w.t mengatasi segala sebab. Orang akal yang berhadapan dengan keadaan yang demikian sering diganggu oleh kekeliruan dan mereka mencari formula baharu untuk mengembangkan logik.

Walaupun terdapat perbezaan cara memandang tetapi tidak seharusnya berlaku berselisihan di antara dua golongan tersebut. Satu golongan harus menghormati daya nilai dan daya rasa golongan yang satu lagi. Walau bagaimana pun orang akal harus sedar bahawa mereka sedang bergerak ke arah daerah orang hati kerana iman, ikhlas, berserah diri, takwa dan lain-lain nilai baik dalam agama adalah nilai hati yang mengeluarkan niat.” – Kitab Al Hikam

Khalifah Allah muncul dalam berbagai-bagai bidang. Mana-mana bidang yang dipimpin oleh Muslim yang bertaraf Khalifah Allah akan menjadi cemerlang dan kaum Muslimin akan mengatasi kaum-kaum lain dalam bidang berkenaan. Khalifah ekonomi akan membawa ekonomi umat Islam mengatasi ekonomi semua kaum lain. Khalifah tentera akan membebaskan umat Islam dari kaum penjajah dan penindas yang zalim. Khalifah dakwah akan membukakan Islam yang sebenarnya dan membersihkannya dari bidaah, kekarutan dan kesesatan. Bila semua bidang kehidupan dipimpin oleh Khalifah Muslim maka umat Islam akan menjadi umat yang teratas dalam segala bidang. Mulalah bekerja membentuk hati agar ia menjadi bercahaya dengan Nur Ilahi. Nur Ilahi adalah tentera bagi hati yang akan mengalahkan segala jenis senjata dan segala jenis sistem, walau bagaimana canggih sekali pun. Bila Nur Ilahi sudah memenuhi ruang hati umat Islam maka umat Islam akan menjadi satu puak yang tidak akan dapat dikalahkan oleh sesiapa pun, dalam bidang apa sekalipun. Insya-Allah!  - Kitab Al Hikam

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat - (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya). (Ayat 6 : Surah al-Insyiqaaq )